Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Tuesday, March 13, 2007

Black and White


Hitam dan putih adalah warna yang sangat serasi bila kita jodohkan. Bagi fotografer untuk mengambil gambar hitam putih perlu mempunyai pengamatan yang amat tajam dan sensitif dengan pertukaran warna dari pengelihatan mata kasarnya untuk di imaginasikan menjadi tone yang berbeza dalam gambar hitam putih supaya mendapat hasil yang kualiti serta menarik. Saya memang meminati gambar dalam b&w kerana ia mempunyai keunikannya tersendiri serta klasik. Antara karya-karya gambar b&w photojournalism style yang saya kagumi ialah seperti karya Henri Cartier Brenson, Gianni Berengo Gardin (Italy) dan Adam Ansel (landscape). Dalam masa dua tahun kebelakangan ini saya mencoba belajar mengambil gambar b&w dengan kamera klasik kegemaran saya iaitu Leica M2. Disini adalah antara gambar b&w saya yang bernasib baik diterima dan dipamerkan ketika 50Th Golden Jubilee anual International Exhibition of Sri Lanka Photography.

No comments: