Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Tuesday, August 28, 2007

Jerudong Park

Telah lama saya tidak mengujungi ke taman ini menyelusuri jalan-jalan kecil yang seperti saya lakukan ketika zaman kegemilangannya lebih 10 tahun dahulu yang dipenuhi pelawat maupun dalam dan luar negara.Ini bukannya bererti saya melupakannya sebab itu kunjungan kali ini untuk mengingat kenangan lalu sambil merehatkan minda. Seperti biasa saya tidak akan lupa membawa kamera untuk mengambil suasana diTaman ini.

Kalau kita perhatikan sebelah luar taman ini ianya memang sesuai bagi memanaskan badan dengan berjogging, jalan kaki sambil menikmati keindahannya.

Antara panorama yang menarik masih terdapat ditaman ini. Walaupun pengujungnya berkurang namun saya masih menghargai suasana damainya.




Taman permainan bagi kanak2 kecil.
Bermacam alatan permainan yang masih dijaga rapi dan kelihatan kanak2 seronok bermain dengan nya...

Antara permaianan yang diminati oleh kanak2...buggy bugs

Inilah kegemaran saya ketika berkunjung waktu dahulu iaitu mini pirate ship kerana tak tahan dengan Pirate Ship yang besar...

Pelancong asing yang berkunjung seronok dengan permainan menebak di Dead man's Cave dan saya sendiri masih menyukainya hingga bermain dua pusingan...

Permainan Bumper car ini pula masih lagi popular hingga kedengaran jeritan anak2 muda yang keseronokan dengan nya...

Cheeeseeee....Hmmm itulah aksi kumpulan ini mengabadikan kunjungan mereka dengan bergambar ramai....

Bagi seronok dengan aksi mencabar iaitu tak takut dengan ketinggian cubalah menaiki permainan burung terbang ini....

Beginilah Beginilah suasana ketika waktu senja,permainan boat sekali sekala melintas dihadapan anda bila anda duduk menikmati keindahan disini.