Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Wednesday, April 29, 2015

Ladang Kelapa Pandan Brunei

Saya baru sahaja melawat satu ladang kelapa pandan yang luas di Kampung Batong, Brunei Darussalam iaitu seluas lebih kurang 10 ekar. Kebun tersebut dimiliki oleh Dr Amzah dimana dalam kiraan saya ladang ini mungkin berumur lebih dari 10 tahun.


 Kelapa Pandan (Cocos nucifera) merupakan satu tanaman saka dari keluarga ARECACEAE yang pada asalnya untuk kajian pertumbuhannya dinegara ini.


Kelapa Pandan (Fragrant coconut) ini juga memang banyak ditanam dinegara jiran kita iaitu Thailand dimana ianya diusahakan kebanyakkan di kawasan tanah rendah seperti di kawasan sawah padi dan kebun buah-buahan dinegara tersebut. 
 



 Kelapa pandan memang sedap dan ayernya mempunyai haruman pandan bila diminum. Saya berkesempatan meminum ayer kelapa pandan hasil petikan Dr Amzah sendiri dan ianya sungguh menyegarkan badan serta menghilangkan kekeringan leher kita.