Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Thursday, July 5, 2007

Outing continue (Night Photography)

Sesi kali ini adalah sesi kali kedua pengambaran bandar Brunei. Sesi kali ini pulak dilakukan pada sebelah petang hingga ke malam. Kehadiran teman pro fotografi kali ini sangat menyeronokkan.

Kelihatan Jason leong sedang membidik sasaran lensanya dan teman kita CS Malaysia Saiful Nang pulak asyik menikmati keindahan Bandar Brunei.



Saiful Nang (CS Malaysia) dan Firza Liyana Datuk Siddiq (CS Malaysia)berkesempatan mengabadikan memori bergambar bersama saya dan Hamid Har.


Aksi Husin mengetik kameranya dari pelbagai sudut..


Aksi terkejut Jason Leong dan Hafiz ketika saya perlahan menghampiri dan terus mengambil gambar mereka.





Dan ini pulak aksi Hatnan dan Adi putera sibuk mengatur kamera takut ketinggalan shot terbaik petang ini. Tengoklah kedua veteran ini membawa gadget heavy weight mereka...

Antara kamera yang selalu dibawa oleh Hatnan iaitu Kamera Hasselblad (Medium Format). Petang ini suasananya nyaman dan permandangan pun cantik setiap orang tak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Entah apakah yang diperkatakan oleh Adi Putera dan Saiful Nang. Mungkin juga apa nak dilakukan selepas ini..

Yang letih hanya duduk menyaksikan teman2 yang lain masih lagi aktif mengambar.


Ini lah antara gambar saya ketika itu dimana matahari mula hendak terbenam. Terima kasih atas kedatangan teman yang lain terutama Saiful Nang,Jason Leong dan Firza Liyana walau pun sibuk masih sanggup meluangkan masa.

Tuesday, June 26, 2007

Learning HDR

Dipetik pada tahun yang sudah semasa Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddalah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam bermesra bersama rakyat di Taman Jubli. Gambar menunjukkan persembahan mengenang kembali situasi pada zaman lalu dimana rumah diperbuat dari kayu beratap daun dan para padian menjaja makanan keperluan seharian.

Monday, June 25, 2007

Outing Bandar Seri Begawan dipagi hari

Gembira dan seronok bila sudah berkumpul bersama se rakan fotografi, riuh rendah, lawak jenaka sesama sendiri sambil memetik kamera masing-masing. Masa beginilah perkongsian pendapat serta pandangan mengenai fotografi berkembang. Bagi saya suasana serta aktiviti begini hendaklah berterusan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama fotograper tidak mengira apa pun taraf seni pengambilannya iaitu arif dalam potret,landskap,macro dan sebagainya.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi turun padang walaupun terpaksa turun seawal subuh lagi dan datang jauh dari daerah Belait.

Antara yang dapat ku hasilkan pada outing kali ini dengan mengunakan lens 80-200mm.

Aksi fotograper kita...Mungkin dengan melihat gambar ini ada yang sudah mengenali mereka. Brother Kantalensa salut to you for coming from KB...Hamid Har tak cukup compact flash rupanya dan bagi teman yang tak tersebut nama disini terima kasih,kita akan keluar lagi dimasa yang kan datang.

Keindahan permandangan Bandar seri Begawan bersama kampung Ayer dipagi hari.Ketika ini matahari baru hendak memanaskan bandar kita.



Sunday, June 24, 2007

Tamu Kianggeh or Kianggeh dry market

Pemandangan Tamu Kianggeh pada waktu subuh dari letak kereta dihadapan bangunan PGGMB ketika saya menanti teman-teman untuk sama-sama outing dikawasan ibu negara.

Ianya kelihatan menarik didalam gambar dimana saya mengelarnya venice of Kianggeh...


Gambar yang saya ambil dari sudut berlainan...

Gambar diatas adalah activiti harian para penjaja yang menjual berbagai makanan serta keperluan seharian.

Makanan kering serta tudung saji yang beraneka warna menarik perhatian saya. begitu juga para pelancong yang berkunjung kesini...setengah mereka membelinya sebagai tanda mata kenang-kenangan ketika melawat negara kita.

Friday, June 22, 2007

Tasek Lama

Antara salah satu taman rekreasi yang saya minati adalah Taman rekreasi Tasek Lama yang terletak diibu negara kita Bandar Seri Begawan. Mengenang kisah saya diwaktu kecil ketika tinggal dipendalaman hulu Tutong untuk mendapat peluang ke bandar amatlah jarang sekali dan boleh dikatakan setahun sekali itu sudah memadai. Kalau turun ke ibu negara jika berpeluang saya akan singgah kekawasan ini kerana salah sebuah keluarga terdekat tinggal disebuah bangunan yang pada sekarang ini terletak diatas bukit berhampiran dengan taman ini. Dahulu dan sekarang keunikkan tempat ini masih sama dimata saya.Perubahan demi perubahan yang telah diungkayahkan oleh pihak kerajaan sememangnya membuat kita berterima kasih. Sebenarnya kita mempunyai taman yang tak kalah cantik seperti taman2 yang terdapat dinegara jiran hanya pengubahsuaian serta mencantikkannya memakan masa.Dibawah ini adalah beberapa gambar yang saya petik.
Kelihatan orang ramai datang berpusu-pusu kekawasan ini selepas waktu bertugas untuk berolahraga sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang masih dikekalkan. Saya datang awal masa itu kerana menaiki beberapa bukit sekelilingnya sambil menikmati sebahagian permandangan Bandar Brunei.

Antara kemudahan yang terdapat ditaman ini. Keseronokkan keluarga berkunjung dapat kita perhatikan.

Permandangan dari atas yang menyejukkan mata kita. Ayer terjun ini menyenangkan hati serta melapangkan fikiran walau pun ianya tidak tinggi.


Ayer terjun yang kita dapat perhatikan dari bawah.Sebuah keluarga berehat setelah letih berolah raga sambil memerhatikan ayer terjun Tasek Lama ini yang masih disekelilingi oleh kehijauan flora dan fauna.




Permandangan dari jauh sebelum kita sampai ketempat ayer terjun iaitu kira 100m.

Kalau kita inginkan refleksologi disini tersedia hamparan benjolan batu yang menarik pengunjung untuk mencobanya. Saya sempat juga mencobanya...amat asyik.

Antara pengujung berhenti sebentar sebelum memulakan atau pulang dari berolah raga. Tak kurang juga yang baru pernah datang kesini sempat mengambil gambar kenang-kenangan.

Tuesday, June 12, 2007

Royal Wedding parade in Black & WHite

Ibu Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan merasakan dalam suasana perayaan dengan ketibaan kemuncak Istiadat Bersanding Perkahwinan Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil. Acara perarakan kedua Pengantin Diraja sejauh 8 Km bermula dari Istana Nurul Iman mengelilingi Bandar Brunei dan balik semula ke istana.
Pegawai2 beruniform serta rakyat jelata menunggu ketibaan kedua Pengantin diraja di ibu negara.

Majlis perarakan Pengantin Diraja diwarnai adat istiadat serta kebudayaan diraja Melayu Brunei.

Perarakan Didahului oleh 40 Sinipit yang dibawa oleh Awang-Awang, dua orang Hulubalang Diraja yang membawa Pemuras dan Karga dan berserta Hulubalang Asgar yang membawa Kalasak dan Kampilan.

Suasana Kemeriahan ibu kota dengan pelbagai bangsa serta rakyaat asing datang menyaksikan lebih dekat lagi terhadap kedua-dua Mempelai Pengantin Diraja kita.

Antara gambar yang bersejarah bagi kita saksikan di ibu negara.

Ribuan orang ramai tidak melepaskan peluang turut sama meraikan perarakan kedua-dua Mempelai Diraja.















Lambaian mesra dari kedua-dua mempelai Diraja kepada orang ramai yang hadir.

Kereta khas yang membawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Di-Pertuan Negara Brunei Darusslam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar ketika turut berangkat menyertai perarakan.

Perarakan menuju pulang ke Istana Nurul Iman


Allah selamatkan Pengantin Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil.


Bpj sungguh bertuah dapat menyaksikan satu lagi hari yang bersejarah berlangsung hari ini. Kelihatan para rakyaat jelata melambai tangan, senyum tanda kegembiraan dihati mereka.

Sunday, April 29, 2007

Perkahwinan Melayu (Malay Wedding)


Lama sudah rasanya saya tak menulis maklumlah kerana kesibukan tugas serta ada komitmen yang lain. Kali ini saya ingin memaparkan majlis perkahwinan orang melayu kitani dengan mengunakan ilustrasi gambar2 yang yang saya petik. Dua minggu lepas saya telah berpeluang mengambil gambar majlis perkahwinan dari acara nikah, bedak, hari perkahwinan, basuh kaki (tradisi sebelah Tutong), berambilan & muleh tiga hari. Sebelum ini saya berjumpa beliau untuk meminta persetujuan memasukkan gambar majlis2 perkahwinannya kedalam ruangan blog ini.

Gambar diatas adalah menghulur berian (wang hantaran) kebakal isteri sebelum acara akad nikah dimulakan.

Salah satu hantaran barangan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan iaitu bakal isteri.Majlis ini amat meriah serta unik bagi pelancong asing bila mereka menyaksikannya.


Barangan diatas adalah barangan tradisi kita yang dipakai bagi pihak lelaki ketika majlis berbedak berlangsung.



Dan ini pula adalah ketika majlis hari perkahwinan dimana sebelum pihak lelaki masuk kerumah acara pusingan naga sebanyak tiga kali dilakukan.



Selepas acara persandingan pengantin akan keluar rumah untuk diperlihatkan para jemputan yang hadir ketika itu. Dan gambar disebelah adalah acara 'basuh kaki' ianya adalah salah satu tradisi yang unik daerah Tutong




Sebelah malam pula majlis berambil-ambilan diadakan dimana kedua mempelai akan disajikan dengan silih berganti makan bersuap-suapan antara satu dengan yang lain.


Selepas tiga hari mempelai kan balik kerumah ibubapa sang suami yang dinamakan malis muleh tiga hari. Kedua mempelai makan malam bersama kedua ibubapa dari kedua-dua pihak.

BPJ: Terimakasih kepada kedua mempelai Ainool & Safwanah diatas courtesy gambarnya dan "Selamat pengantin baru"

Saturday, April 14, 2007

Bandar Seri Begawan night view

Minggu lepas saya terasa berat badan semakin naik.Terlintas untuk melakukan activiti hiking kerana nak keluarkan peluh. Hari sudah semakin senja namun saya bergegas dan gagahi juga untuk melakukannya. Bukit subuk adalah salah satu tempat yang saya minati kerana sambil melakukan olahraga dapat juga menikmati panorama Bandar Seri Begawan bak kata pepatah sambil menyelam minum ayer. Saya tak pernah jemu memetik gambar yang latar belakangkan kampung ayer dan Bandar kita...Suasana serta keindahan suasana yang berbeza mengikut peredaran masa.

The Malls

Photo was taken at the evening around 7.00pm

Saturday, April 7, 2007

Golden Moment 60th Birthday of His Majesty

Setiap tahun pada 15hb Julai adalah hari yang bersejarah bagi Negara Brunei Darusalam iaitu hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddalah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunai Darussalam. Seluruh rakyat dinegara ini merasakan kemeriahan sambutan yang diadakan di setiap empat daerah. Acara bercemar duli ke setiap empat daerah adalah acara yang dinantikan oleh rakyat negara ini dimana rakyat dapat bersua muka dengan raja yang mereka kasihi. Program disusun rapi dengan bermacam acara persembahan yang dipersembahkan. Malah pelancong asing juga berkesempatan dapat menyaksikan upacara majlis yang penuh dengan adat kebesaran diraja.Disini mereka berkesempatan ikut serta beramah mesra bersama rakyat negara ini.Dirgahayu kebawah duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddalah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.Tahun ini 2007 hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddalah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 61 tahun tidak lama lagi akan tiba hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk kita sama sama menyambut dan memeriahkan lagi sambutan itu nanti.

*semua gambar diatas dipetik tahun 2006 ketika menyambut Hari keputeraan yang ke 60 tahun.

Friday, April 6, 2007

Transportation

Perahu memainkan peranan bagi alat pengangkutan di Kampung Ayer.Di gambar ini jelas kita dapat memerhati kan peranan perahu silih berganti menyulusuri sungai Brunei membawa muatan.Gambar ini dipetik pada bulan December 2006.

Sunday, April 1, 2007

Morning View at Water Village

It was taken today 1st April 2007 around 5.30am.