Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Friday, June 22, 2007

Tasek Lama

Antara salah satu taman rekreasi yang saya minati adalah Taman rekreasi Tasek Lama yang terletak diibu negara kita Bandar Seri Begawan. Mengenang kisah saya diwaktu kecil ketika tinggal dipendalaman hulu Tutong untuk mendapat peluang ke bandar amatlah jarang sekali dan boleh dikatakan setahun sekali itu sudah memadai. Kalau turun ke ibu negara jika berpeluang saya akan singgah kekawasan ini kerana salah sebuah keluarga terdekat tinggal disebuah bangunan yang pada sekarang ini terletak diatas bukit berhampiran dengan taman ini. Dahulu dan sekarang keunikkan tempat ini masih sama dimata saya.Perubahan demi perubahan yang telah diungkayahkan oleh pihak kerajaan sememangnya membuat kita berterima kasih. Sebenarnya kita mempunyai taman yang tak kalah cantik seperti taman2 yang terdapat dinegara jiran hanya pengubahsuaian serta mencantikkannya memakan masa.Dibawah ini adalah beberapa gambar yang saya petik.
Kelihatan orang ramai datang berpusu-pusu kekawasan ini selepas waktu bertugas untuk berolahraga sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang masih dikekalkan. Saya datang awal masa itu kerana menaiki beberapa bukit sekelilingnya sambil menikmati sebahagian permandangan Bandar Brunei.

Antara kemudahan yang terdapat ditaman ini. Keseronokkan keluarga berkunjung dapat kita perhatikan.

Permandangan dari atas yang menyejukkan mata kita. Ayer terjun ini menyenangkan hati serta melapangkan fikiran walau pun ianya tidak tinggi.


Ayer terjun yang kita dapat perhatikan dari bawah.Sebuah keluarga berehat setelah letih berolah raga sambil memerhatikan ayer terjun Tasek Lama ini yang masih disekelilingi oleh kehijauan flora dan fauna.




Permandangan dari jauh sebelum kita sampai ketempat ayer terjun iaitu kira 100m.

Kalau kita inginkan refleksologi disini tersedia hamparan benjolan batu yang menarik pengunjung untuk mencobanya. Saya sempat juga mencobanya...amat asyik.

Antara pengujung berhenti sebentar sebelum memulakan atau pulang dari berolah raga. Tak kurang juga yang baru pernah datang kesini sempat mengambil gambar kenang-kenangan.

No comments: