Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Saturday, August 2, 2008

Wajah-Wajah Abadi 2008

Pameran Fotografi khas yang membawa tema WAJAH-WAJAH ABADI yang diadakan sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Yang ke-62 Tahun telah dilancarkan pada 22hb Julai 2008.

Pelancarannya dirasmikan oleh tetamu kehormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yussof Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Seterusnya tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang yang mengikuti peraduan fotografi wajah-wajah abadi yang bertemakan Wajah-Wajah abadi(terbuka),Wajah-Wajah abadi(V.I.P),Bersama Rakyaat dan Brunei Hari Ini.

Teman saya Adi putera telah meraih tempat pertama kategori potret wajah-wajah abadi. Antara teman yang menerima hadiah ialah Hamid HAR dan Pengeran Dahlan.

Cendera mata yang disampaikan oleh presiden Persatuan Jurufoto Negara Brunei Darussalam kepada tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Pehin dibawa ke galleri photo untuk melihat hasil seni karya fotografer tempatan yang dipertandingkan.


Gambar yang membuat saya memenagi tempat keenam pada pertandingan kali ini. Saya ucapkan tahniah Persatuan Jurufoto negara Brunei Darussalam kerana mengendalikan majlis serta pertandingan seperti ini. Diharap ramai lagi fotografer tempatan ditahun akan datang menyertainya untuk meninggikan mertabat seni fotografi tanahair.

No comments: