Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Saturday, August 23, 2008

Outing Trip to Selirong Island

Kali ini saya berpeluang mengikuti rakan rakan dari BSRC fotografi yang mengadakan rombongan mengambar ke pulau Selirong. Sudah lama hajat nak kesana namun hari ini cita2 membawa kamera outing tercapai juga. Ikutilah gambar2 saya secara ringkas ketika ke Pulau Selirong.

Perjalanan bermula dari Jeti perumahan Sungai Bunga setelah teman2 semua hadir. Dibawah adalah aksi teman untuk mendapat gambar dari sudut terbaik.


Terima kasih juga kepada dua orang pemandu jalan kami iaitu seorang dari jabatan perhutanan dan seorang lagi ialah polis renjer perhutanan untuk memastikan kami selamat ketika memburu gambar terbaik.

Dibawah adalah pepatung biru yang jinak bertenggek gagah melawan angin ketika saya sedang mengabadikan gambarnya.

Suasana perjalanan dalam kawasan kayu bakau yang terbaik dirantau ini amat menyeronokkan disamping mengenali nama kayu bakau yang berlainan jenis.

Keunikan akarnya bercorak abstrak menambahkan cantik pokok ini.

Daun pokok bakau serta bunganya yang terjatuh menyangkut di daunnya.

Kayu bakau yang sudah tua dan tinggi amat cantik diperhatikan dari bawah.

Bergambar ramai untuk kenangan sebelum bertolak dari Pulau Selirong dan menuju ke Pulau Baru-Baru untuk menikmati makan tengah hari.

Ini lah Pulau Baru-Baru yang menjadi tempat pemantauan unit khas askar diraja untuk memastikan perairan kita selamat. Sebahagian penduduk Pulau Baru-Baru ini telah berhijrah ke skim perumahan Sungai Bunga. Hanya dua keluarga yang masih tinggal sini. Salah satu keluarga ialah keluarga Hj Jaini yang menyambut kami dengan mesra dan menghidangkan makanan tengah hari yang menyelerakan.Terima kasih kami ucapkan.

No comments: