Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Thursday, July 10, 2008

Panaga Exhibition on insect life

Apabila kelapangan masa bertepatan dengan jemputan untuk menyaksikan pameran macro fotografi mengenai serangga serta mengetahui habitatnya mengembirakan hati saya terutama dah lama tak outing bersama teman2.Inilah peluang saya untuk menghayati gambar orang lain serta mencedok pengalamannya.

Ian Frame adalah jurugambar amatur yang minat dengan kehidupan serangga telah berkongsi pengalaman beliau mengenai cara serta bagai mana beliau mengambarnya. Perkongsian beliau bagi saya adalah amat baik kerana ia memberi pandangan yang berbeza untuk diri saya yang mengambil gambar berkonsepkan "pictorial".

Kehadiran beberapa fotografer tempatan dari kelab BSRC dan GemilangFoto menandakan bahawa kita juga perlu melihat gambar2 orang lain untuk kita meluaskan lagi ilmu bagi penghasilan gambar kita yang kreatif dimasa akan datang.

Dengan cerita2 nya yang lucu, waktu dan suasana pengambilan gambar membuat kita kagum juga dengan ketekunannya .

Antara teman blogger kita KantaLensa dan Hafiz mendengar komen dari salah seorang teman fotografi. Terima kasih Panaga nature photographic society kerana memberi peluang saya dan teman untuk hadir dipameran.

No comments: