Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Sunday, May 4, 2008

Blogger of the year


Antara finalist blogger of the year Arab families,Ranoadidas, Anak Brunei sedang senyum simpul nak kenakan Rano mungkin...

Ranoadidas ketika ditemu bual oleh DJ kita Jenny.

Dj Yanti (kanan) senyum je orangnya..Yan yan bila you join mancing?

Tengok aksi Sy ( Bruneifishing) sedang leka mendengar penerangan dari salah seorang dari DST group.
Gambar atas dan bawah: Mereka ni gelisah semacam je...tunggu sesaorang ke...ada yang tertinggalkah...

Kurapak dan arab families sedang menunggu giliran ditemu bual.

Senyumlah bro...Anak Brunei ketika sesi radio bersama Jenny.
Bruneifishing Forum manager bersama Arab families...Ana sangat suka sama ente punya beryani kambinglah.
Kurapak on air bersama Dj Yanti. Wah apa yang diketawakan tu...Share lah sikit..

Inilah dia Nonie...kesihan betul dia ni kerana baru tahu siapa Bruneifishing yang disangkanya gelap, gemuk dan %^&*@!....




Sesi perpaduan suara sedang berjalan ni...oppppppppps salah rupa2 nya giliran Arab families on air pulak...Ente banyak baik punya orang lah...ana belum rasa ente punya nasi kambinglah...
Nak kenal inilah Marul salah seorang yang berkerja keras dalam Blogger award kita. Dia cool orangnya...Nice to meet you Marul dan terima kasih for everything.
Anak Brunei part mengambar dia punya sempat mengambar aksi Miss Maurina dan sebaliknya...Dua -duanya memang hebat...

Inilah result undian blogger of the year:

1) Kurapak 46%
2) Ranoadidas 30%
3) Spiritual Garden 9%
4) Arab-families 5%
5) Brunei Fishing 4%, Anak Brunei 4%

Tahniah Kurapak.com kamu sememangnya hebat..
Semua enam blogger bergambar ramai bersama Azmi (sebelah kiri sekali)
Nonie the spiritual garden dan Anak Brunei ....tahniah for two of you.

Kurapak, Me dan Anak Brunei...hope to see you all again..
Tahniah DST Group kerana berjaya melancarkan Go Broad Band di Jerudong Amphiteartre.

Sunday, February 24, 2008

TUNAS BANGSA-TEMA TAHUN 2008

National day Negara Brunei Darusalam:


Wah-wah sudah lama rasanya tak update my blog akhirnya ada masa juga terluang pada tengah malam ketika duduk santai2 di Restaurant MAMA di Muara town. Sepanjang pengambaran saya hari tersebut gembira bila berjumpa dan betegur sapa dengan rakan sehobi. Setahun demi setahun kemunculan fotografer baru pun makin bertambah. Tahniah kerana kita telah melangkah setapak kerana dengan kehadiran rakan sehobi yang ramai maka bertambahlah juga gambar2 bersejarah yang diabadikan untuk generasi akan datang.





Semangat sungguh kakak kita ni ye..


Keberangkatan KDYMM Sultan dan kerabat diraja disambut lambaian bendera2 kecil disepanjang jalan menuju ke padang SOAS.



Semangat patriotik orang2 kita tak kira tua dan muda sama2 hadir menyambut hari kebangsaan kita. Kita telah melalui masa yang bukan nya singkat malah hari ini sudah 24 tahun kita merdeka.



Betapa gembiranya adik2 kita disertai dengan senyuman ketika membuat persembahan.


Kebawah duli bercemar duli bermesra bersama rakyat sebelum berangkat pulang.

Friday, January 4, 2008

PESTA MAKANAN DAN PENGUNA 2008

Sejak perasmian pesta makanan dan penguna 2008 pada Khamis 3hb January 2008 oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kita, Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, hari ini kunjungan orang ramai tidak putus2. Dapat saya saksikan walaupun kedatangan saya tadi pada waktu makan tengah hari. Apa yang menarik minat ianya juga disertai oleh beberapa syarikat dari negara jiran kita Malaysia.

Diatas adalah salah satu agensi foto studio dari Johor Bahru bagi yang ingin menempah perhikmatan gambar perkahwinan dengan menawarkan pakej2 yang menarik. Dan dibawah ini adalah salah satu syarikat tempatan yang mempamerkan berjenis rim kereta.

Hitachi dengan produk keluaran terbarunya.



Dan syarikat pembekal alat ganti kereta juga tidak ketinggalan mempamerkan barang terbaru mereka.

Salah satu system pengawasan rumah yang dapat awda saksikan disini. Awda pasti akan menerima layanan serta penerangan yang baik dari syarikat Avant.


Nak jadi ahli silap mata datanglah kesalah satu petak pameran disini. Berbagai jenis peralatan ahli silap mata dijual berserta CD cara2 mengunakannya.

Antara salah satu barangan untuk menjadi ahli silap mata. Siapa tahu awda ingin menjadi ahli silap mata sampingan?

Banyak lagi sebenarnya petak2 pameran yang belum saya lawati kerana kesuntukan masa dan berhajat akan turun lagi sebelum tarikh tutupnya pada hari ahad ini iaitu 6hb Januari 2008 ini.
Sampai jumpa lagi.

Consumer and Food Fair 2008


Tuesday, January 1, 2008

HAPPY NEW YEAR 2008


Selamat menyambut tahun baru 2008 kepada semua penduduk NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dan teman yang mengenali saya.
I pray that God will shower us with great blessings and good health so we may have yet another wonderful year in 2008

Friday, November 23, 2007

Sunday, October 14, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kepada teman semua yang lambat saya balas kata2nya diruangan cit cat korner mohon maaf dari saya kerana kesibukan harian...

Didalam kesempatan ini saya ucapkan Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua teman yang mengenali dan juga semua penduduk diNegara Brunei Darussalam. Selamat bersuka ria.....