Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Sunday, March 11, 2007

Senja


Memang menjadi kebiasaan saya bila tidak berkerja (during shift off) waktu petang berjogging tidak kira tempat seperti Pantai Meragang, Stadium Negara, Pantai Muara dan juga Pantai Serasa. Maklumlah telah lama meninggalkan sukan bola sepak sejak berhijrah dari daerah Tutong ke Bandar ditambah lagi dengan kesempitan masa yang terluang juga kurang kerana kesibukan semasa. Tidak seperti biasanya saya selalunya tiba awal sebelum senja di pantai Serasa kali ini kerana kelewatan temu janji dengan teman, matahari seakan sudah terbenam. Seperti lazimnya kemana diri saya berada disitu jugalah kamera saya berada. Seperti hari-hari yang sudah suasana hari ini amat berbeda, awan kelihatan seperti kekuning-kuningan. Seluas mata memandang amat cantik dan romantis. Keinginan hati untuk mengabadikan suasana ini untuk kita renungkan bersama saya luang sedikit masa untuk merakamnya dengan Nikon D100 yang tersedia dalam kereta. Bebaloi rasanya dapat menikmati suasana ini sambil bersukan.

1 comment:

Out Of Focus said...

I love this one. The sun just hiding behind the trees make the photo look just beautiful.