Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Saturday, March 10, 2007

Deep Sea fishing (BRUNEI TRENCHES)


Hobby saya bukan sahaja sekadar mengetik gambar didaratan. Tahun lepas 2006 saya berpeluang mengikuti sekumpulan pemancing yang boleh dikatakan kaki pancing laut dalam. Diatas ajakan jiran saya Kevin,saya pun turut serta kumpulan ini ditambah lagi dahulunya saya memang minat memancing tetapi hanya dikuala Sungai Tutong sahaja. Perjalanan memakan masa selama lebih dari 8 jam dan mengikut kata anak kapal MV apollo ini kejauhan tempat ini adalah kira-kira 100 lebih Kilometre dari pantai. Sepanjang perjalanan kami disajikan aksi menarik apabila pancingan tunda kami mengena ikan Tuna yang terpikat akan umpan sotong plastik. Disini saya tidak pernah lalai mengetik kamera SLR untuk dijadikan bahan bualan teman-teman sekerja saya nanti yang juga kebanyakkanya kaki pancing. Tiba ditempat yang dituju laut bergelora kuat dan kapal kami turun naik mengikut alunan itu. Selepas anak kapal memberi isyarat boleh memancing, kami pun mula mengunakan teknik pancingan dasar. Teknik ini adalah amat popular dan berkesan bagi kaki-kaki pancing yang berkunjung ke Brunei Trenches ini. Selain itu saya cuba mengunakan teknik jigging namun tiada ikan yang meminati umpan jig yang diturunkan. Satu persatu ikan kami naikkan terutama dari species Ungah merah, Kerisi bali, kerapu , amberjack,kerapu merah dan red snapper. Lebih kurang jam 7 malam ikan mula kurang menyentuh umpan yang dihulur. Kami mula berehat dan ada yang berbual-bual kosong mengenai tarikkan ikan sebentar tadi. Kerana keletihan saya masuk tidur dan terjaga pada pukul 5 pagi apabila anak kapal MV appollo mengatakan kami sudah beredar ketempat lain. Dengan kemahiran anak kapal, bot dilabuhkan betul betul diatas sekumpulan ikan yang dilihat dari alat pengesan ikan. Tidak sampai 2 minit umpan yang saya hulur mengena dan diikuti pula oleh teman-teman yang lain. masing-masing sibuk menaikkan ikan dan memasang umpan. Aksi ini berterusan sehinga naiknya matahari dan rasa keletihan terpancar pada wajah. Namun semua itu hilang apabila hasil tangkapan kali ini amat lumayan. Sepanjang perjalanan pulang kami bercerita akan keseronokan tadi dan dalam bulan may 2007 kami akan datang lagi ketempat ini. Kami tiba dipantai Serasa kira-kira pukul 9 malam.

No comments: