Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Saturday, March 31, 2007

Thursday, March 22, 2007

Iban Long House


Setiap tahun sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,Sultan Dan Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di setiap daerah bermacam atur cara telah disusun apabila baginda bercemar duli ke setiap daerah didalam negara ini. Berbilang bangsa dan puak turut serta merayakannya. Disinilah kita akan mengenali budaya dan adat resam puak-puak yang lain. Gambar yang saya muatkan ini adalah replika rumah panjang Puak Iban (Iban Tribe) yang dibuat dari kulit kayu serta berlantaikan batang pokok nibung. Dengan adanya acara ini saya berpeluang mengenali dan mendekati cara hidup puak ini serta merasai suasana kehidupan mereka.

Medals


Photo was taken during Brunei National day...BPJ

Wednesday, March 21, 2007

Studio Scene's dancers


Jerudong Park Amphitheatre, more than 100 dancers from a local dance school 'studio scene' performed their dance skills.The concert show titled"Not Another Brick in the Wall" was successfully,bedazzled the crowds with their moves and last dance show held last Sunday evening.














There were spectacular shows by dancers as young as 3 or 4 years old. That night show among dance acts were 'brick in the wall","Flintstones","Elvis Medley","Mozart".

Wednesday, March 14, 2007

Bandar Seri Begawan night view


Keindahan Bandar Seri Begawan pada waktu senja amat indah terutama dari Bukit Subuk. Gambar ini saya petik ketika menaiki Bukit Subuk sebagai acara olahraga petang untuk mengekalkan stamina jikalau saya tidak berjogging. Apakata orang sambil menyelam minum ayer, kamera dibahu sentiasa mencari sesasaran jika ada bahan yang menarik untuk kongsikan. Gambar ini saya petik mengunakan S2Pro FujiFilm degan kelajuan shutter 8 saat dan aperture F/16.

Tuesday, March 13, 2007

Lion jump at ICC, CNY 2007


Tahun 2007 saya berpeluang menghadiri Sambutan Tahun baru Cina yang diadakan di International Convention Centre, Berakas. Kehadiran saya adalah diatas jemputan teman saya Jefry W dari Fotomas Studio untuk sama-sama mengambar suasana dan juga acara2 yang ditelah diaturkan. Ketibaan Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultann Haji Hassanal Bolkiah Dan DiPertuan Negara Brunei Darussalm bersama kerabat kerabat diraja sebagai tetamu khas hari itu disambut meriah dan mesra. Apa yang menarik minat saya ialah aksi aksi ketika pertunjukan tarian singa yang dipersembahkan. Selalunya saya hanya menyaksikan aksi aksi stunt tarian ini dari kaca tv sahaja tetapi kini berada didepan mata. Disini saya rakam antara aksi hebat tersebut. 'Happy Chinese New Year 2007'

Black and White


Hitam dan putih adalah warna yang sangat serasi bila kita jodohkan. Bagi fotografer untuk mengambil gambar hitam putih perlu mempunyai pengamatan yang amat tajam dan sensitif dengan pertukaran warna dari pengelihatan mata kasarnya untuk di imaginasikan menjadi tone yang berbeza dalam gambar hitam putih supaya mendapat hasil yang kualiti serta menarik. Saya memang meminati gambar dalam b&w kerana ia mempunyai keunikannya tersendiri serta klasik. Antara karya-karya gambar b&w photojournalism style yang saya kagumi ialah seperti karya Henri Cartier Brenson, Gianni Berengo Gardin (Italy) dan Adam Ansel (landscape). Dalam masa dua tahun kebelakangan ini saya mencoba belajar mengambil gambar b&w dengan kamera klasik kegemaran saya iaitu Leica M2. Disini adalah antara gambar b&w saya yang bernasib baik diterima dan dipamerkan ketika 50Th Golden Jubilee anual International Exhibition of Sri Lanka Photography.

Sunday, March 11, 2007

Senja


Memang menjadi kebiasaan saya bila tidak berkerja (during shift off) waktu petang berjogging tidak kira tempat seperti Pantai Meragang, Stadium Negara, Pantai Muara dan juga Pantai Serasa. Maklumlah telah lama meninggalkan sukan bola sepak sejak berhijrah dari daerah Tutong ke Bandar ditambah lagi dengan kesempitan masa yang terluang juga kurang kerana kesibukan semasa. Tidak seperti biasanya saya selalunya tiba awal sebelum senja di pantai Serasa kali ini kerana kelewatan temu janji dengan teman, matahari seakan sudah terbenam. Seperti lazimnya kemana diri saya berada disitu jugalah kamera saya berada. Seperti hari-hari yang sudah suasana hari ini amat berbeda, awan kelihatan seperti kekuning-kuningan. Seluas mata memandang amat cantik dan romantis. Keinginan hati untuk mengabadikan suasana ini untuk kita renungkan bersama saya luang sedikit masa untuk merakamnya dengan Nikon D100 yang tersedia dalam kereta. Bebaloi rasanya dapat menikmati suasana ini sambil bersukan.

Saturday, March 10, 2007

Deep Sea fishing (BRUNEI TRENCHES)


Hobby saya bukan sahaja sekadar mengetik gambar didaratan. Tahun lepas 2006 saya berpeluang mengikuti sekumpulan pemancing yang boleh dikatakan kaki pancing laut dalam. Diatas ajakan jiran saya Kevin,saya pun turut serta kumpulan ini ditambah lagi dahulunya saya memang minat memancing tetapi hanya dikuala Sungai Tutong sahaja. Perjalanan memakan masa selama lebih dari 8 jam dan mengikut kata anak kapal MV apollo ini kejauhan tempat ini adalah kira-kira 100 lebih Kilometre dari pantai. Sepanjang perjalanan kami disajikan aksi menarik apabila pancingan tunda kami mengena ikan Tuna yang terpikat akan umpan sotong plastik. Disini saya tidak pernah lalai mengetik kamera SLR untuk dijadikan bahan bualan teman-teman sekerja saya nanti yang juga kebanyakkanya kaki pancing. Tiba ditempat yang dituju laut bergelora kuat dan kapal kami turun naik mengikut alunan itu. Selepas anak kapal memberi isyarat boleh memancing, kami pun mula mengunakan teknik pancingan dasar. Teknik ini adalah amat popular dan berkesan bagi kaki-kaki pancing yang berkunjung ke Brunei Trenches ini. Selain itu saya cuba mengunakan teknik jigging namun tiada ikan yang meminati umpan jig yang diturunkan. Satu persatu ikan kami naikkan terutama dari species Ungah merah, Kerisi bali, kerapu , amberjack,kerapu merah dan red snapper. Lebih kurang jam 7 malam ikan mula kurang menyentuh umpan yang dihulur. Kami mula berehat dan ada yang berbual-bual kosong mengenai tarikkan ikan sebentar tadi. Kerana keletihan saya masuk tidur dan terjaga pada pukul 5 pagi apabila anak kapal MV appollo mengatakan kami sudah beredar ketempat lain. Dengan kemahiran anak kapal, bot dilabuhkan betul betul diatas sekumpulan ikan yang dilihat dari alat pengesan ikan. Tidak sampai 2 minit umpan yang saya hulur mengena dan diikuti pula oleh teman-teman yang lain. masing-masing sibuk menaikkan ikan dan memasang umpan. Aksi ini berterusan sehinga naiknya matahari dan rasa keletihan terpancar pada wajah. Namun semua itu hilang apabila hasil tangkapan kali ini amat lumayan. Sepanjang perjalanan pulang kami bercerita akan keseronokan tadi dan dalam bulan may 2007 kami akan datang lagi ketempat ini. Kami tiba dipantai Serasa kira-kira pukul 9 malam.

Wednesday, March 7, 2007

Sunday Outing




Keindahan diKampung Ayer dinegara kita bukan sahaja kerana keunikkan deretan rumah-rumah yang dibangunkan diatas ayer sahaja menjadi tarikan para pelancong-pelancong luar negara bahkan cara kehidupan yang harmoni mendapat tempat yang dalam dihati mereka. Apabila saya berjalan-jalan dikawasan ini saya telah berjumpa sekumpulan budak-budak yang sedang bermain mandi-manda dihalaman rumah mereka. Keasyikan mereka ini mengenangkan saya kembali ketika masa saya zaman kanak-kanak dulu. Ternyata keakraban sesama jiran tetanga masih kita dipratikkan sehingga kini. Suasana seperti ini saya abadikan dengan memetik beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan saya outing bersama teman saya, Adiputera. Terdapat beberapa scenery yang menarik boleh kita perolehi dikampung Ayer. Keaslian budaya serta aktiviti seharian penduduk disini membuat jari saya tidak pernah puas mengetik kamera yang dibawa.

Tuesday, March 6, 2007

Istana Nurul Iman

Gambar ini saya petik pada malam hari keputeraan Kebawah Duli yang ke 60 tahun pada tahun 2006. Kegemilapan cahaya bunga api yang indah lagi menarik dapat disaksikan oleh seluruh rakyat daripada Bandar Seri Begawan dan kawasan Kampung Ayer.