Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Friday, July 25, 2008

Bilik khas Kelab fotografi BSRC

BLNG MD memegang anak kunci bagi membuka rasmi bilik khas kelab fotografi BSRC.

Pembukaan rasmi bilik khas kelab fotografi telah dilakukan oleh Managing Direktor Brunei LNG SDN BHD, Tuan Hj Salleh Bostamam. Lebih kurang 20 orang ahlinya menghadiri acara tersebut. Bilik khas itu mempunyai ruang untuk mini studio,ruang IT dan komputer. Selaku presiden kelab Hj Mohd husaini membawa tetamu kehormat meninjau lebih dekat lagi dengan faksiliti2 yang terdapat didalamnya. MD sendiri memang meminati dunia fotografi ini dan memberi beberapa pendapat beliau kepada kelab ini.

Tuan Hj Salleh MD BLNG ketika mendengar serba sedikit penerangan dari ketua kelab fortografi.
Selain itu pertunjukan gambar mengunakan slide juga salah satu agenda pada petang itu.
Dan beberapa peranchangan pengambaran telah disusun oleh kelab ini bagi ahli2nya untuk masa akan datang. Dengan adanya kemudahan bilik khas ini nanti ahli2 akan dapat berkongsi maklumat fotografi,gambar dan mempelajari teknik2 pencahayaan.

BPJ:
Tahniah kelab fotografi BSRC diatas pembukaan rasmi bilik khas untuk mempelajari dan menilai hasil pengambaran. BPJ tumpang gembira kerana adalah salah satu kemajuan yang dicapai oleh ahli2 kelab. Terima kasih diatas menjemput BPJ untuk menghadiri dimajlis upacara pembukaannya.Bpj akan sentiasa memberi khikmat dimasa akan datang jika diperlukan.

No comments: