8hb.Julai 2007
Lawatan saya kali ini bersama2 teman se fotografi ialah Kampung Batu Marang yang terletak diDaerah Brunei-Muara.Inilah kali pertama saya menjejak kaki ke kampung ini. Seawal pagi sudah saya tiba dikampung ini sambil disapa mesra oleh beberapa penduduk kampung ketika bersua menyelusuri dijejantas perkarangan rumah mereka.

Seawal pagi kelihatan budak2 kampung memulai aktiviti permainan mereka iaitu bermain Kikik (layang2).

Pakcik ini sedang membuat bubu salah satu peralatan untuk menangkap ikan. Ikan hasil tangkapan mereka keringkan seperti didalam gambar ini dan dijual kepada orang ramai yang berkunjung kekampung mereka.

Wajah ceria kanak-kanak kampung ini ketika mereka bersembang sesama sendiri sambil menikmati suasana pagi diperkarangan rumah mereka.

Ketenangan suasana dipagi hari Kampung batu Marang.
No comments:
Post a Comment