Permandangan Laut China Selatan yang indah ketika pagi melalui jendela Hotel Promenade ketika saya berkunjung minggu lepas ke Ibu kota Sabah bersama keluarga hanyalah mengubat rindu saya akan masakan makanan laut yang bermacam jenis. Lagi pun dah lama tak berkunjung untuk melihat perubahan pembangunannya.
Kembali kepada makanan laut, malam pertama saya hanya berkunjung ke restoran bersebelahan dengan hotel tempat saya menginap. Lazimnya saya akan memilih makan laut yang belum pernah saya cuba sebelumnya satu hidangan dan lainnya pilihan keluarga.
Salah satu yang saya pilih ialah seperti gambar diatas ini dan tak tahu saya akan namanya.Bagi saya ianya adalah lipan laut....sedapppp dengan deep fry.
Aksi anak kembar saya ketika menyaksikan bermacam jenis hidangan laut yang untuk dipilih.
Hari keduanya pulak saya berkunjung kesebuah tempat kira2 40 minit perjalanan ke utara iaitu berdekatan dengan Karambunai resort. Mengikut penduduk tempatan ianya juga mensajikan hidangan laut dengan harga yang jauh lebih murah dari restoran di ibu kota nya. Dua tempat yang dimaksudkan ialah Saluk seafood centre dan Gayang seafood centre. Saya memilih Saluk kerana simpang masuknya terlebih dahulu tiba jika dibandingkan dengan Gayang kira2 lima minit lagi perjalanan.Mungkin esok lagi saya berkunjung ke tempat yang satunya.
Perlintasan jalan masuk terdapat berpuluh kolam udang yang diusahakan oleh pengusaha restoran dan setibanya disitu terdapat mini zoo kecil Saluk SeaFood Centre.
Inilah rupa restoran itu yang dibina diatas ayer seperti rumah kampung ayer kita diNegara Brunei Darussalam. Ianya seperti dikuala masuk sungai berdekatan dengan laut. Keluasan restoran ini boleh menampung beratus pengujung dalam jangka satu masa.
Akuarium kecil yang mempamerkan ikan laut yang bolih dijadikan hidangan kita.Tak ingin kah awda merasa kerapu baranya yang merah menyala?...
Mmmmmppppp...inilah isi kerapu Bara yang telah dimasak dengan daun bawang. Tukang masaknya telah membuang semua tulangnya dan kita selesa memakan isinya yang sedap dan manis.
Ini lah yang dimaksudkan sedap... penuh mangkuk diatas meja. Hari yang seterusnya saya akan berkunjung ketempat lain untuk merasa masakan restoran seafood yang lain lagi..Bye.
Sunday, November 23, 2008
Me,Kota Kinabalu & Seafood
Posted by Musa.M at 8:24 PM 0 comments
Labels: Travelling
Subscribe to:
Posts (Atom)