Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Friday, January 4, 2008

PESTA MAKANAN DAN PENGUNA 2008

Sejak perasmian pesta makanan dan penguna 2008 pada Khamis 3hb January 2008 oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kita, Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, hari ini kunjungan orang ramai tidak putus2. Dapat saya saksikan walaupun kedatangan saya tadi pada waktu makan tengah hari. Apa yang menarik minat ianya juga disertai oleh beberapa syarikat dari negara jiran kita Malaysia.

Diatas adalah salah satu agensi foto studio dari Johor Bahru bagi yang ingin menempah perhikmatan gambar perkahwinan dengan menawarkan pakej2 yang menarik. Dan dibawah ini adalah salah satu syarikat tempatan yang mempamerkan berjenis rim kereta.

Hitachi dengan produk keluaran terbarunya.



Dan syarikat pembekal alat ganti kereta juga tidak ketinggalan mempamerkan barang terbaru mereka.

Salah satu system pengawasan rumah yang dapat awda saksikan disini. Awda pasti akan menerima layanan serta penerangan yang baik dari syarikat Avant.


Nak jadi ahli silap mata datanglah kesalah satu petak pameran disini. Berbagai jenis peralatan ahli silap mata dijual berserta CD cara2 mengunakannya.

Antara salah satu barangan untuk menjadi ahli silap mata. Siapa tahu awda ingin menjadi ahli silap mata sampingan?

Banyak lagi sebenarnya petak2 pameran yang belum saya lawati kerana kesuntukan masa dan berhajat akan turun lagi sebelum tarikh tutupnya pada hari ahad ini iaitu 6hb Januari 2008 ini.
Sampai jumpa lagi.

Consumer and Food Fair 2008


Tuesday, January 1, 2008

HAPPY NEW YEAR 2008


Selamat menyambut tahun baru 2008 kepada semua penduduk NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dan teman yang mengenali saya.
I pray that God will shower us with great blessings and good health so we may have yet another wonderful year in 2008