Brunei Weather

: Top of Page : Please Visit Our Sponsors:

Tuesday, June 26, 2007

Learning HDR

Dipetik pada tahun yang sudah semasa Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddalah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam bermesra bersama rakyat di Taman Jubli. Gambar menunjukkan persembahan mengenang kembali situasi pada zaman lalu dimana rumah diperbuat dari kayu beratap daun dan para padian menjaja makanan keperluan seharian.

Monday, June 25, 2007

Outing Bandar Seri Begawan dipagi hari

Gembira dan seronok bila sudah berkumpul bersama se rakan fotografi, riuh rendah, lawak jenaka sesama sendiri sambil memetik kamera masing-masing. Masa beginilah perkongsian pendapat serta pandangan mengenai fotografi berkembang. Bagi saya suasana serta aktiviti begini hendaklah berterusan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama fotograper tidak mengira apa pun taraf seni pengambilannya iaitu arif dalam potret,landskap,macro dan sebagainya.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi turun padang walaupun terpaksa turun seawal subuh lagi dan datang jauh dari daerah Belait.

Antara yang dapat ku hasilkan pada outing kali ini dengan mengunakan lens 80-200mm.

Aksi fotograper kita...Mungkin dengan melihat gambar ini ada yang sudah mengenali mereka. Brother Kantalensa salut to you for coming from KB...Hamid Har tak cukup compact flash rupanya dan bagi teman yang tak tersebut nama disini terima kasih,kita akan keluar lagi dimasa yang kan datang.

Keindahan permandangan Bandar seri Begawan bersama kampung Ayer dipagi hari.Ketika ini matahari baru hendak memanaskan bandar kita.



Sunday, June 24, 2007

Tamu Kianggeh or Kianggeh dry market

Pemandangan Tamu Kianggeh pada waktu subuh dari letak kereta dihadapan bangunan PGGMB ketika saya menanti teman-teman untuk sama-sama outing dikawasan ibu negara.

Ianya kelihatan menarik didalam gambar dimana saya mengelarnya venice of Kianggeh...


Gambar yang saya ambil dari sudut berlainan...

Gambar diatas adalah activiti harian para penjaja yang menjual berbagai makanan serta keperluan seharian.

Makanan kering serta tudung saji yang beraneka warna menarik perhatian saya. begitu juga para pelancong yang berkunjung kesini...setengah mereka membelinya sebagai tanda mata kenang-kenangan ketika melawat negara kita.

Friday, June 22, 2007

Tasek Lama

Antara salah satu taman rekreasi yang saya minati adalah Taman rekreasi Tasek Lama yang terletak diibu negara kita Bandar Seri Begawan. Mengenang kisah saya diwaktu kecil ketika tinggal dipendalaman hulu Tutong untuk mendapat peluang ke bandar amatlah jarang sekali dan boleh dikatakan setahun sekali itu sudah memadai. Kalau turun ke ibu negara jika berpeluang saya akan singgah kekawasan ini kerana salah sebuah keluarga terdekat tinggal disebuah bangunan yang pada sekarang ini terletak diatas bukit berhampiran dengan taman ini. Dahulu dan sekarang keunikkan tempat ini masih sama dimata saya.Perubahan demi perubahan yang telah diungkayahkan oleh pihak kerajaan sememangnya membuat kita berterima kasih. Sebenarnya kita mempunyai taman yang tak kalah cantik seperti taman2 yang terdapat dinegara jiran hanya pengubahsuaian serta mencantikkannya memakan masa.Dibawah ini adalah beberapa gambar yang saya petik.
Kelihatan orang ramai datang berpusu-pusu kekawasan ini selepas waktu bertugas untuk berolahraga sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang masih dikekalkan. Saya datang awal masa itu kerana menaiki beberapa bukit sekelilingnya sambil menikmati sebahagian permandangan Bandar Brunei.

Antara kemudahan yang terdapat ditaman ini. Keseronokkan keluarga berkunjung dapat kita perhatikan.

Permandangan dari atas yang menyejukkan mata kita. Ayer terjun ini menyenangkan hati serta melapangkan fikiran walau pun ianya tidak tinggi.


Ayer terjun yang kita dapat perhatikan dari bawah.Sebuah keluarga berehat setelah letih berolah raga sambil memerhatikan ayer terjun Tasek Lama ini yang masih disekelilingi oleh kehijauan flora dan fauna.




Permandangan dari jauh sebelum kita sampai ketempat ayer terjun iaitu kira 100m.

Kalau kita inginkan refleksologi disini tersedia hamparan benjolan batu yang menarik pengunjung untuk mencobanya. Saya sempat juga mencobanya...amat asyik.

Antara pengujung berhenti sebentar sebelum memulakan atau pulang dari berolah raga. Tak kurang juga yang baru pernah datang kesini sempat mengambil gambar kenang-kenangan.

Tuesday, June 12, 2007

Royal Wedding parade in Black & WHite

Ibu Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan merasakan dalam suasana perayaan dengan ketibaan kemuncak Istiadat Bersanding Perkahwinan Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil. Acara perarakan kedua Pengantin Diraja sejauh 8 Km bermula dari Istana Nurul Iman mengelilingi Bandar Brunei dan balik semula ke istana.
Pegawai2 beruniform serta rakyat jelata menunggu ketibaan kedua Pengantin diraja di ibu negara.

Majlis perarakan Pengantin Diraja diwarnai adat istiadat serta kebudayaan diraja Melayu Brunei.

Perarakan Didahului oleh 40 Sinipit yang dibawa oleh Awang-Awang, dua orang Hulubalang Diraja yang membawa Pemuras dan Karga dan berserta Hulubalang Asgar yang membawa Kalasak dan Kampilan.

Suasana Kemeriahan ibu kota dengan pelbagai bangsa serta rakyaat asing datang menyaksikan lebih dekat lagi terhadap kedua-dua Mempelai Pengantin Diraja kita.

Antara gambar yang bersejarah bagi kita saksikan di ibu negara.

Ribuan orang ramai tidak melepaskan peluang turut sama meraikan perarakan kedua-dua Mempelai Diraja.















Lambaian mesra dari kedua-dua mempelai Diraja kepada orang ramai yang hadir.

Kereta khas yang membawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Di-Pertuan Negara Brunei Darusslam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar ketika turut berangkat menyertai perarakan.

Perarakan menuju pulang ke Istana Nurul Iman


Allah selamatkan Pengantin Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil.


Bpj sungguh bertuah dapat menyaksikan satu lagi hari yang bersejarah berlangsung hari ini. Kelihatan para rakyaat jelata melambai tangan, senyum tanda kegembiraan dihati mereka.