Friday, November 23, 2007
Sunday, October 14, 2007
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Kepada teman semua yang lambat saya balas kata2nya diruangan cit cat korner mohon maaf dari saya kerana kesibukan harian...
Didalam kesempatan ini saya ucapkan Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua teman yang mengenali dan juga semua penduduk diNegara Brunei Darussalam. Selamat bersuka ria.....
Posted by
Musa.M
at
10:24 AM
0
comments
Labels: Celebration, Local event
Wednesday, September 5, 2007
Potraiture outing at Tasek lama
Minggu lepas persatuan Jurufoto mengadakan outing di Tasek lama dengan agenda kali ini adalah potret. Sebagai ahli saya telah menerima pesanan ringkas dari salah seorang teman sepengambaran. Sudah lama saya tidak mengikuti program outing bersama mereka kerana setiap kali outing diadakan saya terkena masa bertugas maklumlah saya kerja syif.
Kedatangan saya ditasek lama telah dipenuhi oleh orang ramai yang berkunjung untuk berolahraga dipagi itu.
Salah seorang modeling sampingan kami ketika berada diatas pantaran yang tersedia sambil pemandangan belakang ayer terjun Tasek Lama.
Beginilah aksi teman2 senior dan baru ketika sesi outing ini berjalan. Masing-masing dengan cara pengambilan gambarnya yang tersendiri.
Posted by
Musa.M
at
8:31 PM
0
comments
Labels: Outing
Tuesday, August 28, 2007
Jerudong Park
Telah lama saya tidak mengujungi ke taman ini menyelusuri jalan-jalan kecil yang seperti saya lakukan ketika zaman kegemilangannya lebih 10 tahun dahulu yang dipenuhi pelawat maupun dalam dan luar negara.Ini bukannya bererti saya melupakannya sebab itu kunjungan kali ini untuk mengingat kenangan lalu sambil merehatkan minda. Seperti biasa saya tidak akan lupa membawa kamera untuk mengambil suasana diTaman ini.
Kalau kita perhatikan sebelah luar taman ini ianya memang sesuai bagi memanaskan badan dengan berjogging, jalan kaki sambil menikmati keindahannya.
Antara panorama yang menarik masih terdapat ditaman ini. Walaupun pengujungnya berkurang namun saya masih menghargai suasana damainya.


Bermacam alatan permainan yang masih dijaga rapi dan kelihatan kanak2 seronok bermain dengan nya...
Antara permaianan yang diminati oleh kanak2...buggy bugs
Inilah kegemaran saya ketika berkunjung waktu dahulu iaitu mini pirate ship kerana tak tahan dengan Pirate Ship yang besar...
Pelancong asing yang berkunjung seronok dengan permainan menebak di Dead man's Cave dan saya sendiri masih menyukainya hingga bermain dua pusingan...
Permainan Bumper car ini pula masih lagi popular hingga kedengaran jeritan anak2 muda yang keseronokan dengan nya...
Cheeeseeee....Hmmm itulah aksi kumpulan ini mengabadikan kunjungan mereka dengan bergambar ramai....
Bagi seronok dengan aksi mencabar iaitu tak takut dengan ketinggian cubalah menaiki permainan burung terbang ini....Beginilah
Beginilah suasana ketika waktu senja,permainan boat sekali sekala melintas dihadapan anda bila anda duduk menikmati keindahan disini.
Posted by
Musa.M
at
3:10 PM
0
comments
Labels: Interesting places
Monday, July 23, 2007
Bersama rakyaat di Daerah Brunei-Muara
Sinopsis suasana sambutan dan keberangkatan bercemar Kebawah Duli ke Daerah Brunei-Muara Di Taman S.O.A.S pada 22hb Julai 2007.
















Posted by
Musa.M
at
11:56 AM
0
comments
Labels: BSB, Celebration, His Majesty Birthday
Thursday, July 19, 2007
Bercemar Duli ke Daerah Tutong Sempena Dirgahayu 61 tahun
Suasana dipagi hari bendera berkebar megah
Merenung potret wajah Sultan yang disayangi Rakyat.
Saya dicelah-celah antara fotografer yang hadir pagi ini.
Wajah ceria penuntut yang turut memeriahkan lagi sambutan Kebawah Duli bercemar duli ke Daerah Tutong.

Ketibaan Kebawah Duli bersama anakda-anakda baginda dan kerabat diraja yang lain disambut dengan pukulan hadrah.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDASULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADIN WADDAULAH,
SULTAN DAN DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
HAMBA DULI TUAN PATIK SEKELIAN MENYEMBAHKAN
SEMBAH KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 61
KEBAWAH DULI TUAN PATIK DAN SEMOGA
KEBAWAH DULI TUAN PATIK KEKAL KARAR MEMERINTAH
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM-Penduduk Daerah Tutong
Posted by
Musa.M
at
8:46 PM
0
comments
Labels: His Majesty Birthday























